Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Salji lebat sebabkan 1 maut dan ramai terputus bekalan elektrik

    BUCHAREST, 27 NOV – Salji lebat dan ribut salji kuat di Romania dan Moldova pada kelmarin menyebabkan seorang maut dan ratusan kawasan tanpa bekalan elektrik, serta memaksa penutupan beberapa jalan negara, kata pihak berkuasa.

    Seorang lelaki berusia 40 tahun di Moldova meninggal dunia pada kelmarin, selepas kenderaan yang dinaikinya terbabas dari jalan raya dan merempuh sebatang pokok, kata polis negara Moldova, sambil menambah enam kemalangan jalan raya telah dilaporkan kira-kira tengah hari.

    “Kami berulang kali merayu kepada pemandu supaya tidak menggunakan jalan raya dengan kereta yang tidak dilengkapi dan memandu pada kelajuan rendah,” kata polis Moldova dalam satu kenyataan yang disiarkan di Telegram, dan memberi amaran supaya tidak memandu ‘tanpa keperluan mendesak’.

    Di Romania, amaran cuaca merah dikeluarkan di daerah timur Constanta, Tulcea, Galati, dan Braila di mana angin diramalkan mencapai setinggi 100 kilometer/sejam (62 batu/sejam), kata Pentadbiran Meteorologi Kebangsaan.

    Menteri Tenaga Romania Sebastian Burduja memberitahu The Associated Press pada kelmarin bahawa lebih 400 kawasan telah mengalami gangguan elektrik.

    Pihak berkuasa kecemasan berkata bahawa kedua-dua jalan nasional dan tempatan di empat daerah itu ditutup pada kelmarin. Pegawai di daerah Constanta dan Braila melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 69 kawasan telah terputus bekalan elektrik tetapi pasukan telah dikerahkan untuk memperbaiki gangguan tersebut. Amaran cuaca lain yang kurang teruk juga telah dikeluarkan ke bahagian lain di Romania.

    Di negara jiran Bulgaria, ribut musim sejuk yang kuat turut membawa salji lebat dan mendorong kerajaan mengisytiharkan darurat pada kelmarin di sebahagian besar negara itu.

    Lebih 1,000 penempatan, kebanyakannya di timur laut Bulgaria, terputus bekalan elektrik pada kelmarin, menurut Perdana Menteri Bulgaria, Nikolay Denkov.

    Dua orang di Bulgaria maut dalam kemalangan jalan raya dan 36 lagi cedera semasa cuaca ribut dalam tempoh 24 jam yang lalu. Angin kencang juga menutup jalan, menyebabkan kemalangan lalu lintas dan kelewatan perjalanan, dan menumbangkan pokok dan talian elektrik, kata Denkov. – AP

    Seorang lelaki menyekop salji, ketika dia cuba membersihkan keretanya di bandar Isperih, Bulgaria Timur Laut, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...