Sunday, November 17, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salji runtuh, 10 peluncur ski ditemui selamat

    VIENNA, 26 DIS – Pihak berkuasa Austria telah mengesan 10 peluncur ski, kebanyakannya tidak mengalami kecederaan, selepas berlaku runtuhan salji di sebuah pusat peranginan yang mencetuskan pencarian besar-besaran, kata polis hari ini.

    Seorang cedera parah susulan runtuhan salji di kawasan ski Lech Zuers, di mana sehingga 200 penyelamat yang disokong oleh helikopter dan anjing mencari mangsa terselamat.

    Pihak berkuasa, berdasarkan daripada video seorang pemain ski, pada mulanya melaporkan bahawa kira-kira 10 orang dikhuatiri tertimbus.

    Seorang warga Jerman yang cedera parah telah dibawa ke hospital, kata Hermann Fercher, ketua pejabat pelancongan yang bertanggungjawab melaporkan operasi menyelamat, memberitahu AFP.

    Mereka yang terlibat termasuk rakyat dari Jerman, Belanda, Belgium, Bosnia, Croatia dan Amerika Syarikat.

    Para pegawai telah memberi amaran tentang risiko runtuhan salji di kawasan tersebut pada hujung minggu.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, runtuhan salji di Austria telah membunuh kira-kira 20 orang secara purata setiap tahun. – AFP

    Para penyelamat bekerja di pusat peranginan ski Lech Zurs selepas berlaku runtuhan pada 25 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda