Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salman Khan beri hadiah istimewa kepada adiknya

    Nama pelakon Salman Khan, menjadi sebutan ramai apabila adik perempuannya iaitu Arpita Khan, berkongsi mengenai hadiah istimewa yang diterima daripada aktor tersebut.

    Menurut Arpita, abangnya itu menghadiahkan bingkai gambar terkandung potongan ayat Al-Quran sempena dia dan keluarga berpindah ke rumah baharu.

    Lebih istimewa apabila Arpita mendedahkan tulisan ayat Al-Quran tersebut dibuat sendiri oleh Salman berserta dengan lukisan gambar posisi dalam solat.

    “Karya ini dibuat oleh Salman sendiri, ini adalah ayat Kursi yang menjadi amalan orang Muslim.

    “Ketika saya ingin berpindah rumah, saya meminta dia hadiah yang berharga dan Salman beri saya ayat ini sebagai hadiah,” katanya memetik laporan Indian Express.

    Rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dengan hadiah yang diberikan kepada adiknya memandangkan Salman sebelum ini terkenal dengan sifat kasar.

    Bagaimanapun, sehingga kini Salman masih belum mengulas mengenai pemberian hadiah yang diberikan kepada adiknya itu. – Agensi

    Peminat kagum dengan lukisan Salman Khan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda