Monday, December 16, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salman Khan jadi sasaran bunuh kumpulan gangster

    Pelakon Bollywood, Salman Khan mendakwa menjadi sasaran kumpulan gangster diketuai oleh Lawrence Bishnoi susulan kemelut yang berlaku di antara mereka sejak dua tahun lalu.

    Dalam satu laporan polis setebal 1,735 muka surat, Salman, 59, mendakwa Lawrence cuba membunuhnya dengan bantuan konco-konco kumpulan gangster tersebut.

    Tidak hanya dia, Salman memberitahu ahli keluarganya juga turut menjadi sasaran malah Lawrence mengugut mahu membunuh mereka, menurut laporan mStar.

    “Lawrence dan ahli kumpulannya pernah berkata mahu membunuh saya termasuk ahli keluarga.

    “Saya percaya kejadian tembakan di rumah saya sebelum ini kerja kumpulan berkenaan sebab mereka rancang membunuh keluarga saya,” katanya.

    Laporan tersebut dibuat susulan insiden tembakan yang berlaku di rumah di Pangsapuri Galaxy, Mumbai pada April lalu.

    Ahli keluarga Lawrence kemudian mengesahkan serangan tersebut dirancang oleh pihak mereka.

    Salman sebelum ini sudah beberapa kali menerima ugutan sehingga dia kini mendapat pengawasan pihak berkuasa.

    Malah pelakon itu juga membeli sebuah kenderaan khas kalis peluru bagi tujuan keselamatan. – Agensi

    Pergerakan Salman menjadi perhatian kumpulan gangster. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda