Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambal pelengkap selera

    TERDAPAT pelbagai jenis sambal yang boleh dijadikan sebagai hidangan tambahan makanan utama yang disediakan dan ia sesuai kepada mereka yang suka masakan pedas.

    Setiap resepi sambal yang dipersembahkan setentunya dapat menjadi pelengkap kepada penggemar pelbagai jenis lauk-pauk masakan kampung. Selamat mencuba!

    Sambal Terung Asam

    Bahan-bahan:

    100 gram ikan bilis

    4 biji bawang besar

    100 gram cili padi

    50 gram cili merah

    2 ulas bawang putih

    2 biji terung

    Cara membuat:

    Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah. Tumis semua bahan kisar, ikan bilis dan terung sehingga masak. Perasakan dengan garam. Setelah masak tutup api dan ia sedia untuk dihidangkan.

    Sambal Tempoyak Ikan Bilis

    Bahan-bahan:

    300 gram ikan bilis lembut

    50 gram kunyit hidup

    100 gram cili padi

    50 gram cili merah

    100 gram tempoyak

    2 batang serai

    2 helai daun kunyit yang diracik halus

    Garam secukup rasa

    Cara membuat:

    Kisar kunyit hidup, cili padi dan cili merah. Campurkan bahan kisar, tempoyak, ikan bilis, serai dan daun kunyit. Masak semua bahan dengan api yang perlahan sehingga pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air. Perasakan dengan garam secukup rasa.

    Sambal Goreng Udang Kering

    Bahan-bahan:

    500 gram udang kering

    200 gram bawang besar

    100 gram cili merah

    100 gram cili padi

    3 sudu makan cuka

    2 mangkuk kecil minyak masak

    Cara membuat:

    Kisarkan bawang besar, cili merah dan cili padi. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar dan udang kering. Masukkan cuka dan masak sehingga warna bertukar kepada coklat. Selepas itu tutup api den hidangkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda