Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambut anak sulung lelaki

    Isteri kepada pelakon Kim Hyung Min iaitu Lee Si Yoo selamat melahirkan anak sulung lelaki mereka baru-baru ini.

    Memetik laporan dari Soompi, Kim Hyung Min memberitahu dia tidak dapat menahan air mata daripada mengalir apabila mengenangkan pengorbanan isterinya untuk melahirkan anak mereka.

    “Sebelum ini, saya tak pernah membayangkan perasaan melalui saat seperti ini. Tapi selepas kelahiran anak kami, saya menangis ketika memikirkan pengorbanan isteri. Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan gembira untuk kami. Saya akan bekerja keras dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa, pelakon dan suami,” katanya.

    Perkongsian itu dibuat menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan agensinya, GH Entertainment.

    Kim Hyung Min berkahwin dengan isterinya yang juga pelakon muzikal dan pengacara TV itu pada 2016. – Agensi

    Kim Hyung Min berasa terharu kerana pergorbanan isterinya melahirkan anak pertama mereka. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda