Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambut Hari Guru bertemakan koboi

    Oleh Syahmi Hassan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Bagi memberi kelainan terhadap sambutan Hari Guru di negara ini, Sekolah Rendah Junjongan sekali lagi telah mengadakan Sambutan Hari Guru dan Hari Kostum yang diadakan baru-baru ini di dewan serba guna sekolah berkenaan.

    Sambutan yang bertemakan koboi itu melibatkan penyertaan warga sekolah termasuk guru-guru, kakitangan dan murid-murid sekolah berkenaan.

    Acara diserikan dengan persembahan nyanyian Hari Guru daripada murid-murid dari Tahun Pra hingga Tahun 6 di mana selepas persembahan murid-murid telah mempersilakan guru besar dan semua guru untuk naik ke atas pentas bagi memotong kek hari guru.

    Atur cara juga diselitkan dengan pertukaran hadiah, pertandingan pakaian terbaik murid lelaki dan perempuan dan juga pakaian koboi terbaik bagi guru-guru dan kakitangan sekolah.

    Murid-murid sekolah memakai baju ala-ala koboi sempena Sambutan Hari Guru di sekolah berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda