Bintang sensasi Kylie Jenner dilaporkan telah menyewa sebuah kapal layar mewah yang bernama Equanimity bagi sambutan hari jadinya yang ke-22 bulan ini.
Menurut laporan Tmz.com, kapal layar dianggarkan bernilai RM1 billion itu bakal menjadi lokasi mewah untuk sambutan ulang tahun buat Kardashian sekeluarga bersama 20 lagi tetamu jemputannya.
Kylie juga dikatakan telah membayar wang sebanyak RM5 juta semata-mata untuk menghabiskan masanya berhibur dan berjemur selama seminggu di atas kapal layar sepanjang 300 kaki.
Kapal layar itu turut memuatkan 10 buah kabin, sauna, tempat letak helikopter, salon, jakuzi dan kolam renang.
Mengikut khabar daripada laporan, selebriti itu bakal belayar dan berlabuh selama beberapa hari bersama keluarganya dan tetamu-tetamunya di sekitar perairan timur tengah bagi meraikan hari jadinya itu. – Agensi.
