Oleh Daniel Lim
BELAIT, 9 FEB – Murid-murid dari Sekolah St James, Kuala Belait telah meluangkan masa untuk menyelami imaginasi liar mereka apabila pihak sekolah menganjurkan Sambutan Hari Buku pada pagi ini.
Hadir bagi menyaksikan acara tersebut ialah pengetua sekolah, Riman binti Sitai, yang menjelaskan bagaimana Hari Buku bertujuan mempromosikan rasa cinta untuk membaca buku dalam kalangan muri pada usia yang muda.
Selain itu, acara tersebut juga menampilkan pelbagai pertunjukan yang menyeronokkan dan persembahan bercerita berdasarkan cerita-cerita klasik seperti Pinocchio, Tiga Beruang Kecil, dan lain-lain, yang menjadi peluang bagi murid-murid untuk memupuk semangat keberanian berdiri di atas pentas sambil membiarkan imaginasi mereka menguasai penonton.
Pada penghujung acara, murid-murid meneruskan aktiviti mereka dengan berkongsi masa bersama dalam menghargai pelbagai kostum buatan tangan yang diilhamkan oleh cerita dongeng dan moden.