Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sampah: Lima kena kompaun $100 setiap seorang

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Lima warga asing dikenakan kompaun sebanyak $100 setiap seorang setelah didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil, Penggal 30 Bab 12 (1) kerana membuang sampah di tempat awam kawasan bangunan komersial di kawasan Pusat Bandar dan Gadong yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (BSB), baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bandaran BSB, di sini, individu-individu yang dikenakan kompaun tersebut ialah Abul Matubber, Md Mamun Madbor, Mohammad Kalam dan Akthar Masud iaitu warganegara Bangladesh serta Sonri Maginzun warga Malaysia.

    Dalam kes tersebut, mereka diberi tempoh tujuh hari untuk membayar kompaun jika gagal menjelaskan bayaran kompaun itu akan mengakibatkan kes berkenaan dihadapkan ke mahkamah, yang mana bagi kesalahan pertama boleh membawa hukuman denda $1,000, manakala kesalahan kedua dan seterusnya boleh didenda $3,000 dan penjara tidak melebihi tiga bulan.

    Bagi mereka yang mempunyai sebarang aduan dan ingin mengongsi maklumat yang berkaitan boleh menyalurkan maklumat berkenaan terus ke talian e-Darussalam, 123, e-mel, Info@123.gov.bn, laman sesawang, www.123.gov.bn atau WhatsApp ke 8333123.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda