Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Samsung kembali pimpin pasaran telefon pintar

    SAN FRANCISCO, 16 APRIL – Samsung memperoleh semula kedudukannya sebagai penjual telefon pintar teratas, merampas kembali kedudukan pendahulu daripada Apple sementara pesaing dari China merapatkan jurang dengan kedua-dua pemimpin pasaran itu, menurut penganalisis industri, International Data Corporation (IDC) kelmarin.

    Samsung yang berpangkalan di Korea Selatan telah mengatasi Apple apabila penghantaran telefon pintar di seluruh dunia meningkat hampir 8 peratus pada suku pertama tahun ini kepada 289.4 juta, kata IDC, berdasarkan data awal mereka.

    Ini merupakan suku ketiga berturut-turut pertumbuhan dalam pasaran telefon pintar global, menandakan pemulihan daripada kemerosotan dalam sektor itu sedang berlaku, menurut IDC.

    Naib presiden pasukan Mobiliti Seluruh Dunia dan Penjejak Peranti Pengguna IDC, Ryan Reith menjangkakan syarikat-syarikat telefon pintar terkemuka akan memperoleh bahagian pasaran dan jenama-jenama kecil akan bergelut untuk mendapatkan kedudukan semasa pemulihan berlangsung.

    Samsung menghantar 60.1 juta telefon pintar pada suku pertama tahun ini, meraih hampir 21 peratus bahagian daripada pasaran, menurut angka IDC.

    Sementara itu, Apple menghantar 50.1 juta iPhone, meraih lebih daripada 17 peratus bahagian daripada pasaran dalam tempoh yang sama, lapor IDC. – AFP

    Telefon Samsung Galaxy Z Flip 5 dipaparkan di Seoul, Korea Selatan pada 26 Julai 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...