Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Samsung Malaysia perkenal Siri Galaxy S24

    KUALA LUMPUR, 21 JAN – Samsung Malaysia memperkenalkan Siri Samsung Galaxy S24 yang baharu baru-baru ini, membuka lembaran baharu untuk kategori peranti mudah alih yang dipacu oleh teknologi kecerdasan buatan (AI).

    Siri Samsung Galaxy S24 dilengkapi dengan Galaxy AI, menawarkan pengalaman AI mudah alih yang komprehensif, dikuasakan oleh AI yang tersedia dalam peranti dibangunkan di Samsung dan AI berasaskan awan, dijayakan melalui kerjasama terbuka dengan rakan industri lain.

    “Daripada evolusi telefon mudah alih asas dengan keupayaan terhad kepada telefon pintar, kami kini akan membuka lembaran baharu untuk kategori mudah alih dengan AI, bermula dengan telefon Galaxy AI.

    “AI pada amnya terkenal dengan ciri-ciri pembantu pintar, fungsi chatbot dan pengecaman muka,” menurut Samsung Malaysia dalam kenyataan.

    Siri Samsung Galaxy S24 disasarkan untuk memenuhi keperluan golongan muda, terutamanya Generasi MZ, termasuk individu yang celik teknologi, peminat permainan mudah alih serta mereka yang meminati fotografi dan media sosial.

    Generasi MZ, istilah yang digunakan di Korea Selatan, merujuk kepada golongan milenial (lahir pada awal 1980an hingga awal 1990an) dan Generasi Z (lahir pada pertengahan 1990an hingga awal 2000an).

    Siri Samsung Galaxy S24 yang baharu akan turut menunjukkan kaedah baharu untuk mencipta, bermain dan menyelesaikan tugasan berikutan ia mendedahkan cara yang tidak dijangka apabila kehidupan boleh menjadi lebih mudah, menjadikan segala-galanya dalam kehidupan lebih hebat daripada sebelumnya, menurut kenyataan itu.

    “Kami sering percaya bahawa kami melakukan sesuatu dengan cara yang terbaik. Kemudian wujud sesuatu yang menafikan status quo itu, membuatkan kami berkata, ‘Saya tidak percaya saya pernah melakukannya’ dan mempersoalkan bagaimana kita pernah hidup tanpanya,” menurut Samsung, sambil menambah telefon Galaxy AI boleh merakam detik-detik kehidupan yang epik dengan mudah. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...