Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sandra Dewi tutup Instagram bukan hapus bukti

    Ramai mendakwa pelakon Indonesia, Sandra Dewi menutup akaun Instagram bagi menghapuskan bukti di sosial medianya selepas suaminya, Harvery Moeis ditahan polis atas tuduhan rasuah.

    Bagaimanapun, perkara itu disangkal oleh peguam mewakili suaminya iaitu Harris Arthur yang menegaskan tindakan Sandra itu kerana tidak tahan melihat dua orang anaknya menjadi bahan umpatan warganet di media sosial.

    “Dia sambil menangis beritahu saya anaknya dibuli. Itu yang buat dia sakit hati dan menutup akaun Instagram.

    “Dia diam tapi sakit hati anaknya menjadi mangsa,” katanya memetik laporan mStar.

    Harris juga berharap warganet berhenti mengganggu keluarga berkenaan sehingga perbicaraan selesai.

    Sandra sedih lihat anak-anak dibuli warganet. – Agensi

    “Kesian anak-anak masih kecil, mereka juga tidak tahu apa-apa harap orang ramai berhenti membuli mereka,” kongsinya.

    Sebelum ini, Harvey ditahan pihak berkuasa pada 27 Mac lalu atas dakwaan rasuah serta penyalahgunaan wang dalam syarikat miliknya.

    Malah Sandra juga bakal berdepan tindakan undang-undang atas tuduhan rasuah dan penyelewengan wang yang turut membabitkan suaminya.

    Ia susulan pihak berkuasa mendakwa Sandra turut menerima dana diragui hasil perniagaan milik suaminya.

    Jika disabitkan kesalahan, Sandra boleh berdepan hukuman penjara selama lima tahun atau denda sebanyak RM4 juta. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...