Tuesday, November 19, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Santos mahu Neymar kembali pada 2025

    RIO DE JANEIRO, 18 NOV – Penyerang Brazil, Neymar berkemungkinan kembali ke kelab asalnya Santos tahun depan selepas bergelut dengan kecederaan setelah menyertai kelab Liga Pro Saudi Al-Hilal, lapor Xinhua memetik laporan media di Brazil.

    Presiden Santos, Marcelo Teixeira dijadual bertemu dengan bapa dan pengurus Neymar, Neymar Santos Sr minggu depan untuk membincangkan syarat perpindahan yang mungkin berlaku, menurut Globo Esporte pada Ahad.

    Kontrak Neymar bersama Al-Hilal dijangka tamat pada Julai tahun depan, tetapi pemain berusia 32 tahun itu boleh menamatkan kontraknya lebih awal. Ini memberi peluang kepada pemain itu untuk kembali ke Santos pada Januari, menurut laporan itu.

    Laporan itu turut menyebut bahawa usaha untuk menamatkan kontrak Neymar lebih awal adalah ‘amat rumit’ disebabkan klausa kewangan dan komitmen pemasaran.

    Neymar hanya membuat tujuh penampilan dalam semua pertandingan untuk Al-Hilal sejak menyertai kelab itu dari Paris Saint-Germain pada Ogos 2023.

    Awal bulan ini, Teixeira memberitahu akhbar Brazil Estadao bahawa Santos mempunyai ‘projek konkrit’ untuk membawa semula pemain nombor 10 itu ke kelab. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda