Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sarawak bakal eksport hidrogen menjelang 2027

    KUCHING, 26 FEB – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin negeri itu berpotensi untuk mengeksport hidrogen apabila siapnya hab hidrogen menjelang tahun 2027.

    Beliau berkata perkara itu tidak mustahil untuk dicapai memandangkan Sarawak kini sudah mempunyai loji pengeluaran hidrogen dengan kerjasama Gentari Sdn Bhd dan SEDC Energy.

    Katanya Jepun dan Korea Selatan antara negara yang melahirkan minat untuk mendapatkan tenaga boleh diperbaharui itu.

    “Sarawak kini berada di landasan yang betul. Kita bekerjasama dengan pemain-pemain industri tenaga seperti Gentari dan juga pihak Jepun dan Korea Selatan.

    “Pada masa akan datang hidrogen bukan sahaja untuk kegunaan industri, tetapi juga untuk kegunaan domestik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024, hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...