Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kebakaran rumah ragut 3 jiwa

    MANILA, 26 FEB – Sekurang-kurangnya tiga wanita, termasuk seorang orang kelainan upaya maut dalam kejadian kebakaran rumah mereka kelmarin di wilayah Rizal, timur Metro Manila, kata seorang anggota bomba, hari ini.

    John Randolph Baldonado memberitahu pemberita, kebakaran berlaku sebelum jam 9 malam waktu tempatan semalam dari rumah mangsa dan dua rumah jiran. Tambahnya, pihak bomba mengambil masa kurang sejam untuk memadamkan api tersebut.

    Seorang kakak ipar mangsa berkata, dua daripada tiga wanita itu berjaya melarikan diri dari rumah yang terbakar tetapi melarikan diri semula ke dalam rumah itu dalam percubaan untuk menyelamatkan adik mereka yang kelainan upaya. Siasatan awal menunjukkan kebakaran bermula di salah sebuah rumah yang ketika itu kosong. Punca kebakaran masih dalam siasatan. – Xinhua

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...