Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sarawak Skills, i-CATS mampu perbanyak latihan teknologi hijau

    KUCHING, 8 OGOS – Sarawak Skills dan Kolej Universiti i-CATS, dua institusi pendidikan teknikal milik kerajaan negeri mampu memperbanyakkan program latihan kemahiran hijau untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang berkenaan.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Sarawak Skills & Kolej Universiti i-CATS ke-25 hari ini berkata negeri itu pada masa ini bergerak aktif dalam pembangunan teknologi hijau dan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui.

    “Kita (Kerajaan Sarawak) melaksanakan dasar ke arah pemeliharaan alam sekitar dengan beralih kepada tenaga hijau yang sifar karbon, malah negeri ini menjadi peneraju pembangunan ekosistem dan penjanaan hidrogen hijau di Malaysia,” katanya.

    Beliau berkata pembangunan di negeri itu bukan sekadar untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan isi rumah tetapi turut melibatkan pemeliharaan alam sekitar.

    “Sarawak akan membangun dengan lebih lestari berdasarkan teknologi ekonomi hijau,” katanya. – Bernama

    Menurut Abang Johari, Sarawak pada masa ini bergerak aktif dalam pembangunan teknologi hijau dan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda