Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Satelit angkasa kembali ke atmosfera bumi setelah hampir 30 tahun

    LONDON, 22 FEB – Sebuah satelit yang telah berada di orbit selama hampir 30 tahun memasuki semula atmosfera Bumi pada kelmarin, kata Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Satelit European Remote Sensing ERS-2 jatuh di Lautan Pasifik Utara di suatu tempat antara Alaska dan Hawaii kira-kira 5:17 petang GMT.

    ERS-2 telah dilancarkan pada 1995 menyusuli satelit ERS-1 yang telah dilancarkan empat tahun sebelumnya.

    Kedua-dua satelit ERS berkenaan merupakan satelit pemerhati bumi paling canggih yang pernah dibangunkan pada ketika itu.

    Pada 2011, ESA menghentikan operasi ERS-2 dan memulakan proses penyahorbitan.

    Sepanjang tempoh perkhidmatannya, ERS-2 mengumpul data mengenai ais di kutub yang semakin berkurangan, perubahan permukaan tanah, peningkatan paras laut, pemanasan lautan dan kimia atmosfera.

    ERS-2 turut digunakan untuk memantau bencana alam seperti banjir dan gempa bumi di bahagian terpencil dunia. – Bernama

    Gambar yang disediakan oleh Agensi Angkasa Eropah menunjukkan satelit European Remote Sensing 2 (ERS-2) di dalam bilik bersih sebelum dilancarkan pada tahun 1995. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...