Monday, December 30, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Satelit pertama Turkiye berjaya capai orbit

    ISTANBUL, 29 DIS – Satelit komunikasi domestik pertama Turkiye berjaya mencapai orbit, menandakan satu pencapaian penting dalam program angkasa negara itu, lapor Xinhua.

    Menteri Pengangkutan dan Infrastruktur Abdulkadir Uraloglu berkata pada Sabtu melalui platform media sosial X bahawa Turksat 6A telah mencapai orbit 42 darjah timur. 

    “Kebanggaan negara kita ini akan mengangkat Turkiye menjadi pemain antarabangsa dalam aktiviti angkasa dan mengukuhkan infrastruktur komunikasi kita,” katanya.

    Menurut media tempatan, satelit itu mencapai ‘orbit geosinkron’ akhirnya pada jarak 35,786 km selepas nyalaan terakhir pada jam 5 pagi waktu tempatan (0200 GMT).

    Selepas menjalani ujian tambahan di orbit, Turksat 6A dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2025.

    Dilancarkan dari kemudahan SpaceX di Cape Canaveral, Florida pada 9 Julai, Turksat 6A dianggap sebagai pencapaian besar bagi program angkasa Turkiye. – Bernama

    Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda