Thursday, January 16, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Saya bukan memilih, cuma saya penat’

    Sudah beberapa kali virus cinta menyerang penyanyi, pelakon dan pengacara Azira Shafinaz, 31, namun hingga saat ini tiada satu pun menjangkitinya.

    Serancak kerjaya seni semakin berkembang, begitu juga hangatnya kisah cinta Azira dengan beberapa lelaki diperkatakan sebelum ini.

    Selepas hubungan dengan seorang ahli perniagaan tidak kesampaian, timbul pula gosip yang mengaitkan Azira dengan aktor duda sensasi, Sharnaaz Ahmad.

    Segala-galanya berpunca apabila Azira dan Sharnaaz sering mengadakan siaran langsung bersama dalam media sosial.

    Dari situ timbullah komen berbau romantis ditinggalkan pelakon filem Jebat itu dalam hantaran dikongsi Azira.

    Azira tidak pernah meletakkan tembok pemisah untuk mana-mana lelaki yang mahu mendekatinya. – Agensi

    Bagaimanapun, spekulasi percintaan mereka terbang bagai angin lalu hingga ada menyangkakan hubungan rahsia yang terjalin sudah menemui titik noktah.

    Mengulas perkara itu, pemilik nama lengkap Azira Shafinaz Ramlan sekali lagi menegaskan, dia dan Sharnaaz tidak pernah menjalinkan hubungan istimewa, sebaliknya mereka hanya rakan baik.

    Pernah kecewa gara-gara hubungan cinta bertahun-tahun lamanya kecundang di pertengahan, namun anggota De Fam ini tidak pernah meletakkan dinding pemisah untuk mana-mana lelaki yang mahu mendekatinya.

    “Jujurnya, memang ada lelaki cuba mendekati saya. Tetapi, saya mendambakan lelaki yang mahu menjalinkan hubungan serius, bukannya sekadar berkawan sahaja.

    “Saya baru sahaja meraikan ulang tahun ke-31 baru-baru ini. Antara doa dipanjatkan agar dipertemukan jodoh dengan lelaki yang serasi.

    “Mungkin ramai beranggapan saya masih single disebabkan terlalu memilih. Saya bukan memilih, cuma saya penat dan malas untuk memikirkan soal jodoh lagi.

    “Namun, ia tidak bermakna saya menutup pintu hati menerima lelaki dalam hidup,” ungkap aktres jelita ini.

    Tidak pernah lekang menjadi perhatian, pelakon filem Penunggang Agama dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa itu sekali lagi menjadi bahan perdebatan dalam media sosial apabila warganet mengecam penampilannya yang dikatakan semakin berani dan seksi.

    Enggan mengeruhkan keadaan, pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Seribu Rindu itu berkata, setiap orang boleh melemparkan apa sahaja pandangan, ini kerana dirinya tiada kudrat menghalangnya.

    Menjawab persoalan adakah merasakan imejnya banyak berubah dan semakin daring, Azira berkata, agak sukar untuknya menilai diri sendiri.

    Azira bakal muncul dengan filem Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia tidak dapat menyembunyikan perasaan berdebar menantikan reaksi peminat pada 20 Oktober ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda