Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saya bukan orang jahat – Shah

    Pengalaman tiga hari ditahan dalam lokap menjadi satu pengajaran tidak boleh dilupakan oleh pelakon Shah Radhy.

    Terkesan dengan peristiwa hitam yang berlaku pada tahun 2020 itu, Shah atau Muhd Shah Radhi Hazvee, 27, berkata dia mengambil masa lebih dua minggu untuk berdepan dengan orang ramai selepas mahkamah memutuskan dia bebas pertuduhan memikat dan membawa lari isteri orang.

    “Ketika dipanggil memberi keterangan, saya terus ditahan lokap selama tiga hari.

    “Ketika itu fikiran saya kosong. Tak tahu apa berlaku sehingga susah untuk tidur.

    “Saya yakin tidak bersalah jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan, cuma jadi keliru kerana itu pengalaman pertama dan sampai sekarang sukar untuk saya lupakan.

    Shah ambil masa dua minggu untuk berjumpa dengan orang ramai. – mStar

    “Selepas bebas pertuduhan pun saya tak keluar rumah. Rasa takut nak berjumpa orang ramai. Dua minggu rasanya saya berkurung selepas dibebaskan dari lokap,” katanya.

    Untuk rekod, Shah ditahan dilokap Ibu Pejabat Polis Ampang, Selangor pada 25 Mei 2020 selepas satu laporan dibuat terhadapnya.

    Menyedari insiden itu masih menjadi bualan, Shah berharap orang ramai dapat mendekati dirinya dengan lebih rapat supaya lebih mengenali peribadi sebenar dirinya.

    “Kes sebelum ini telah terbukti saya tidak bersalah. Tiada apa untuk saya malukan. Cuma orang akan terus meletakkan tanggapan negatif terhadap saya.

    “Kalau ada yang berfikir begitu, silakan dekati dan kenali saya lebih rapat. Saya bukanlah seorang lelaki jahat,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda