Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saya hanya anggap Ivan Gunawan sahabat baik – Inara Rusli

    Hubungan akrab personaliti media sosial, Inara Rusli dengan Ivan Gunawan mengundang persoalan dalam kalangan warganet sehingga ada mendakwa mereka sedang bercinta.

    Tampil menjelaskan kekeliruan itu, Inara atau Inara Idola Rusli, 31, mengakui Ivan adalah sahabat baiknya malah selesa berkawan dengan pereka fesyen itu, lapor mStar.

    Inara menyifatkan Ivan bukan sahaja seorang yang baik malah tidak lokek ilmu dan pandai menghargainya sebagai kawan.

    “Saya selesa apabila ada kawan yang satu kepala dengan kita dalam bab fesyen. Ivan pun selalu bagi nasihat dekat saya tentang fesyen.

    “Baru-baru ini, Ivan sediakan baju untuk saya pergi ke sebuah acara, saya ingat dia bagi pinjam saja.

    “Rupanya, dia memang buat untuk saya, terkejut saya bila dapat dua baju untuk dua acara pada hari yang sama,” katanya.

    Bagaimanapun, kata Inara, dia tidak terfikir tentang soal hubungan lebih serius dengan Ivan kerana menganggapnya sebagai sahabat.

    “Saya tak berani nak cakap lebih sebab masih belum pasti. Maksudnya kami bukan mahram, jadi saya harus pandai menjaga hati,” jelasnya.

    Untuk rekod, Inara mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Virgoun pada 2014 namun sah bercerai pada November tahun lalu. – Agensi

    Inara menganggap hubungan mereka masih berada di fasa awal. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda