Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur’ – saksi

    PUCHONG, 23 FEB – “Saya nampak dua mayat dalam keadaan hancur,” demikian kata seorang saksi kejadian letupan gas di sebuah kilang kejuruteraan dan elektrik, di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Puchong Utama.

    Pengimpal di sebuah kilang besi yang hanya mahu dikenali dengan Chen berkata ketika kejadian, beliau sedang melakukan kerja kimpalan sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat.

    Menyangkakan ia bunyi letupan mercun, lelaki yang berumur lingkungan 40-an itu kemudian keluar untuk melihatnya dan mendapati terdapat serpihan atap terpelanting ke atas pokok, selain kelihatan api sedang marak di kilang tersebut.

    “Selepas itu, kami semua bergegas pergi tolong dan (saya nampak) dua orang yang mati di dalam itu (dengan keadaan) memang hancur… jadi saya takut nak masuk, cuma bantu di luar saja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini.

    Pada kejadian kira-kira 10 pagi itu, dua dilaporkan maut manakala dua lagi cedera.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Supt Mohd Fairus Jaafar mengesahkan dua lelaki warga asing yang terkorban dalam kejadian itu, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna. – Bernama

    Anggota forensik polis membawa keluar mayat yang ditemui dalam kejadian letupan gas di sebuah kilang di Jalan Utama 2/26, Taman Perindustrian Utama, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...