Friday, April 25, 2025
24.2 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

‘Saya sayang kelab ini’ – Van Dijk

LIVERPOOL, 14 APRIL – Virgil van Dijk menyatakan rasa cinta dan bangga menjadi kapten Liverpool ketika dia membayangkan untuk lanjutkan kontrak selepas menjaringkan gol kemenangan lewat untuk tewaskan West Ham 2-1 kelmarin.

Perjanjian semasa pemain Belanda itu akan tamat pada penghujung musim, tetapi laporan mencadangkan dia hampir menyertai Mohamed Salah dalam menandatangani kontrak baharu.

Van Dijk tidak berada pada prestasi terbaiknya di barisan pertahanan ketika dia bersama Andy Robertson ‘menghadiahkan’ West Ham gol penyamaan empat minit sebelum tamat.

Tetapi dia segera menebus kesalahannya dengan menyudahkan hantaran dari tendangan sudut Alexis Mac Allister untuk membuka kelebihan 13 mata di puncak liga.

Liverpool memerlukan maksimum enam mata daripada baki enam perlawanan dan boleh menjadi juara liga seawal hujung minggu depan jika keputusan berjaya.

“Saya sangat berbangga untuk menjadi kapten perlawanan ke-100 untuk Liverpool,” kata Van Dijk kepada Sky Sports apabila disoal mengenai masa depannya.

“Itulah tumpuan utama, dapatkan tiga mata dan selangkah lebih dekat dengan semua impian kami. Bukan sahaja kami sebagai pemain dan kakitangan tetapi semua orang yang berkait dengan Liverpool FC.

“Semua orang tahu saya sayang kelab ini dan mari kita lihat bagaimana keadaannya minggu depan.”

Salah turut menggalakkan rakan sepasukan lamanya itu untuk kekal di Anfield selepas menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila bersetuju dengan perjanjian dua tahun.

“Saya gembira dapat melakukannya (sambung kontrak) lebih awal sebelum akhir musim dan berharap Virgil juga seterusnya,” kata Salah. “Saya ingin melihatnya lagi di sini tahun depan.” – AFP

Virgil van Dijk meraikan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak menentang West Ham United di Anfield, Liverpool kelmarin. – AP
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda