Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sayap dua pesawat penumpang ‘bergesel’

    TOKYO, 1 FEB – Hujung sayap dua pesawat penumpang ‘bergesel’ antara satu sama lain di lapangan terbang Jepun pada pagi tadi, kata seorang pengendali lapangan terbang, dengan laporan mengatakan tiada siapa yang cedera.

    Insiden yang melibatkan dua pesawat All Nippon Airways (ANA) itu berlaku sejurus selepas 10 pagi (waktu tempatan) di terminal domestik lapangan terbang Itami Osaka, kata jurucakap Kansai Airports kepada AFP.

    “Kami telah diberitahu hujung sayap dua pesawat ANA bergesel antara satu sama lain,” kata jurucakap itu.

    Tiada penumpang atau anak kapal cedera, kata media tempatan.

    Kemalangan itu adalah yang terkini daripada rentetan kemalangan yang melibatkan pesawat dan lapangan terbang Jepun sejak awal tahun ini.

    Antara kejadian paling serius adalah hampir berlakunya perlanggaran di lapangan terbang Haneda antara pesawat Japan Airlines dan pesawat pengawal pantai yang lebih kecil pada 2 Januari.

    Kesemua 379 penumpang di dalam pesawat JAL Airbus tersebut berjaya melarikan diri sejurus sebelum pesawat itu dijilat api.

    Namun, lima daripada enam orang di dalam pesawat yang lebih kecil itu meninggal dunia. – AFP

    Pesawat penumpang JAL (kanan) berlepas melewati pesawat ANA di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo di Haneda di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda