Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Scheffler ungguli Cabaran Dunia

    MIAMI, 4 DIS – Pemain nombor satu dunia, Scottie Scheffler membenam 68 pukulan tanpa bogey untuk merangkul kemenangan dengan kelebihan tiga pukulan di golf Cabaran Dunia Hero di mana juara utama 15 kali Tiger Woods berkata dia dapat melangkah lebih jauh di kejohanan pertamanya sejak April.

    Scheffler mencatat empat birdie untuk empat bawah par 68 di padang golf Albany di Bahamas dengan jumlah keseluruhan 20 bawah par 268, menewaskan pemain Austria, Sepp Straka dengan tiga pukulan untuk membolehkannya menjulang trofi selepas tewas kepada Viktor Hovland dua tahun lalu.

    Kejohanan yang dianjurkan Woods itu, menyaksikannya tidak bermain sejak pembedahan buku lali selepas penarikan diri di pusingan ketiga Masters, berkata dia ‘teruja’ dengan cara minggu itu berlalu selepas mendapat kad pada pusingan akhir apabila melakar 72 pukulan untuk jumlah keseluruhan 288.​

    Woods melakukan bogey berganda di lubang kedua dengan birdie di lubang ketiga, kelima dan keenam. Selepas bogey pada lubang kelapan dan 11, dia melakukan birdie pada lubang ke-14 dan 15 sebelum bogey pada lubang 16 yang menyebabkan dia berada di tempat ke-18 dari 20 orang peserta.

    “Saya rasa saya sudah boleh melangkah jauh,” kata Woods yang memaklumkan bahawa dia tidak lagi bermain dengan kesakitan akibat kecederaan kaki yang dialami dalam kemalangan kereta pada 2021 tetapi masih bertarung dengan sakit belakang yang kronik.

    “Bermula dengan sedikit berkarat dan kemudian memperbaiki permainan itu ia menjadi sesuatu yang hebat dapat bermain dan bersaing semula – saya sudah lama tidak melakukan ini,” katanya.

    Selepas melengkapkan 72 lubang, Woods berkata dia menyasarkan untuk bermain satu kejohanan setiap bulan pada 2024 dan itu ‘nampak munasabah.’ – AFP

    Scottie Scheffler bergambar bersama trofi setelah menjuarai pusingan akhir Kejohanan Dunia Hero di Gelanggang Golf Albany pada 3 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...