Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sean Lee tidak hirau kecaman

    Pelakon dan pengacara Malaysia, Sean Lee tidak mahu terlalu membebankan mentalnya dengan membaca kecaman dan kritikan peminat terhadap percubaan pertamanya bergelar penyanyi.

    Menerima kecaman bertubi-tubi lantaran sebuah video tarian berlatar belakangkan lagu baharunya tular, Sean bagaimana pun melihat ‘serangan’ itu dari sudut positif dan tidak kisah jika dikritik.

    “Sejujurnya saya tak tahu pun video itu tular. Saya tak buka telefon ketika bekerja, tak nak ada perkara negatif seperti kecaman semua itu memberikan kesan kepada kesihatan mental.

    “Tetapi saya okay sahaja jika orang kecam, komen negatif. Itu lebih baik daripada tiada komen langsungkan. Dalam masa sama, saya boleh perbaiki diri. Baguslah kan.

    “Rasanya saya lebih tahu apa yang berlaku di belakang tabir, jadi lantaklah orang nak cakap apa. Saya tahu apa saya buat,” katanya dipetik oleh laporan Utusan Malaysia.

    Pelakon itu ditemui pada sidang media Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 baru-baru ini.

    Sementara itu, jelas Sean, dia sebenarnya sudah lama menunggu ruang untuk menceburi bidang nyanyian namun dia tidak pernah meletakkan sasaran tinggi atau bersaing dengan penyanyi sedia ada.

    “Saya bukan nak lawan penyanyi seperti Aina Abdul dan masuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Tetapi kalau ada rezeki bolos pentas AJL kenapa tidak kan? Bonus.

    “Menyanyi adalah cara saya meluahkan perasaan. Sama macam berlakon,” ujarnya yang melancarkan lagu Tak Sanggup Terima baru-baru ini. – Agensi

    Sean okay sahaja jika orang kecam dengan komen negatif. –Hmetro
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...