Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Sebahagian Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah ditutup

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JKR

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Separuh jalan di Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah, berdekatan jalan susur naik menuju Kompleks Jabatan Kerajaan, Jalan Menteri Besar iaitu hala Berakas / Sungai Akar akan ditutup sementara bermula 6 sehingga 9 September dari 10:30 malam sehingga 5:30 pagi hari berikutnya.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna lebuh raya mengenai penutupan separuh jalan itu adalah untuk memboleh-kan kerja-kerja pembaikan dan melapis semula aspal dilaksanakan.

    JKR turut menasihatkan para pengguna lebuh raya berkenaan supaya sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan itu di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

    Bagi sebarang aduan dan pertanyaan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 ataupun e-mel, pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...