Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sederhana, patuhi syariat

    Oleh Zulkamal Haji Kamis

    Gambar oleh AFP

    Pertunjukkan fesyen yang bertemakan Afternoon Tea Fashion telah diadakan di Banda Aceh baru-baru ini.

    Pertunjukan fesyen tersebut telah menampilkan sejumlah besar pereka fesyen muda dari wilayah berkenaan di Indonesia.

    Afternoon Tea Fashion menampilkan kelainan yang menarik di mana kebanyakan busana yang diperagakan adalah memaparkan busana etnik masyarakat Aceh. Selain itu, ia turut mempamerkan busana yang diinspirasikan daripada komuniti Aceh, pahlawan wanita Aceh yang gagah dan berani.

    Seterusnya, pertunjukan fesyen itu turut menampilkan busana Muslim tempatan Aceh dan aksesori ‘evaschoice’ yang diinspirasikan daripada gaya Bohemian dengan gabungan busana etnik yang berfungsi untuk mengangkat kebudayaan Aceh.

    Pertunjukan fesyen ini diadakan bagi membangun dan mengembangkan industri fesyen di Aceh yang memaparkan ciri-ciri busana bertepatan dengan syariat Islam. Walaupun masih mengekalkan konsep ‘modest’ namun kebanyakan reka bentuk busana mengemukakan konsep sustainable fashion.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda