BANDAR SERI BEGAWAN, 3 APRIL – Sekolah DES turut tidak ketinggalan meraih keberkatan bulan Ramadan ini dengan mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran yang diadakan hari ini.
Majlis pembukaan tadarus berkenaan telah dihadiri seramai 60 kakitangan yang beragama Islam termasuk pihak pentadbiran, guru-guru dan penolong guru di sekolah tersebut.
Acara tahunan di bulan Ramadan itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah dan Saiyyidul Istighfar, serta dengan tadarus Al-Quran.
