Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sektor bukan minyak dan gas meningkat

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sektor bukan minyak dan gas dilihat mengalami peningkatan positif dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih kurang 5 peratus setiap tahun.

    Perkara berkenaan dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah apabila mengulas mengenai perkembangan ekonomi Negara Brunei Darussalam pasca COVID semasa berlangsungnya sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Tambahnya, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama terus berusaha meningkatkan kedua-dua sektor bukan sahaja sektor bukan minyak dan gas bahkan juga sektor minyak dan gas pada masa akan datang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda