Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sektor penjagaan warga emas hadapi cabaran

    TOKYO, 21 JAN – Sektor penjagaan warga emas di Jepun menghadapi cabaran yang semakin meningkat dengan tahun 2023 mencatatkan rekod penutupan tertinggi perniagaan itu, menurut laporan penyelidikan, lapor Xinhua.

    Terdapat 510 penutupan, penggantungan atau pembubaran dalam sektor kebajikan dan penjagaan warga emas pada tahun lepas, jumlah tertinggi sejak permulaan tinjauan pada 2010.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Tokyo Shoko Research Ltd, sebuah syarikat penyelidikan kredit tempatan sebanyak 122 kebankrapan dicatatkan dalam sektor kebajikan dan penjagaan warga emas dalam tempoh itu.

    Tahap kedua tertinggi walaupun mengalami penurunan 14.6 peratus berbanding angka pada tahun sebelumnya.

    Daripada jumlah itu, terdapat 67 kebankrapan dalam subsektor perkhidmatan penjagaan rumah, mengatasi rekod sebelumnya.

    Menurut tinjauan itu punca utama kebankrapan adalah kemerosotan jualan yang sering dikaitkan dengan persaingan dengan pemain utama dan kekurangan tenaga kerja sekali gus mengakibatkan penurunan pengguna. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...