Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sekurang-kurangnya 27 terbunuh dalam serangan ke atas Donetsk

    KYIV, 22 JAN – Pegawai-pegawai yang ditempatkan dari Moscow berkata, serangan pengeboman Ukraine membunuh sekurang-kurangnya 27 orang dan mencederakan 25 lagi pada kelmarin di sebuah pasar di pinggir Donetsk, sebuah bandar yang diduduki Rusia di bahagian timur negara itu.

    Antara yang cedera di pinggir bandar Tekstilshchik ialah dua kanak-kanak, kata Denis Pushilin, pemimpin tempatan.

    Pegawai Ukraine di Kyiv tidak mengulas mengenai kejadian itu, dan dakwaan itu tidak dapat disahkan secara bebas oleh The Associated Press.

    Kedua-dua pihak semakin bergantung pada serangan jarak jauh musim sejuk ini di tengah-tengah kedudukan yang sebahagian besarnya tidak berubah di barisan hadapan sejauh 1,500 kilometer (930 batu) dalam perang hampir dua tahun.

    Peluru artileri yang mengenai kawasan itu telah dilepaskan dari kawasan Kurakhove dan Krasnohorivka ke barat, kata Pushilin, sambil menambah bahawa perkhidmatan kecemasan bertindak balas ke tempat kejadian.

    Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres “mengutuk sekeras-kerasnya semua serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam, termasuk serangan hari ini ke atas bandar Donetsk di Ukraine,” menurut jurucakap PBB, sambil menambah bahawa semua serangan sedemikian adalah dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

    Donetsk ialah salah satu daripada empat wilayah di Ukraine yang dijajah Rusia pada tahun 2022, beberapa bulan selepas Moscow melancarkan pencerobohan besar-besarannya.

    Kementerian Luar Rusia juga menyalahkan Ukraine dan menyifatkan serangan itu sebagai ‘serangan pengganas’.

    Juga pada kelmarin, kebakaran berlaku di terminal pengangkutan kimia di pelabuhan Ust-Luga Rusia berikutan dua letupan, kata pegawai wilayah. Media tempatan berkata, pelabuhan Laut Baltik, 165 kilometer (kira-kira 100 batu) di barat daya St. Petersburg, telah diserang oleh dron Ukraine, menyebabkan tangki gas meletup. – AP

    Dua lelaki berpelukan di tempat kejadian serangan tembakan maut di Donetsk di timur Ukraine – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...