Monday, October 28, 2024
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia

    MOSCOW, 27 OKT – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di wilayah Kirov, Rusia, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow, menurut Kementerian Situasi Kecemasan Rusia.

    Selain juruterbang, seorang doktor dan dua paramedik dilaporkan berada di dalam helikopter itu.

    Punca kemalangan masih belum didedahkan dan siasatan berhubung kejadian telah dilancarkan.

    Helikopter Mi-2 dihasilkan dari pertengahan 1960an hingga akhir 1990an. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda