Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Selamat ulang tahun ke-25, Mei Xiang’

    WASHINGTON, 23 JULAI – Ulang tahun ke-25 panda gergasi Mei Xiang telah disambut di Zoo Negara Smithsonian di Washington DC, kelmarin.

    Pada waktu pagi, kakitangan penja-gaan haiwan menghadiahkan Mei Xiang, seekor panda betina, dengan kek buah-buahan khas yang mesra panda yang dibuat oleh pakar pemakanan zoo.

    Penjaga zoo membuat kek bertingkat dan hiasan nombor ‘25’ menggunakan jus epal cair yang beku. Ubi keledek lecek, lobak merah lecek, hirisan epal dan buluh menambah sentuhan dekoratif pada hidangan sambutan tersebut.

    “Selamat ulang tahun ke-25, Mei Xiang,” tweet zoo itu. “Sertai kami mengucapkan selamat hari lahir kepadanya!” Anak jantan Mei Xiang, Xiao Qi Ji, akan berusia genap tiga tahun pada 21 Ogos. Tian Tian, bapa kandung anak panda itu, akan berusia genap 26 tahun pada penghujung Ogos. – Xinhua

    Mei Xiang menikmati kek ais di Zoo Negara Smithsonian, Amerika Syarikat, baru-baru ini. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda