Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selebriti cantik mengaku jarang mandi, kulit sensitif air

    Sering kelihatan cantik di hadapan kamera dan sangat menitikberatkan penjagaan diri, hakikat sebenarnya tiga selebriti popular dari Indonesia ini mengakui tidak suka mandi.

    Portal hiburan Liputan6 menyenaraikan tiga selebriti popular iaitu Nagita Slavina, Cita Citata dan Donita yang dikatakan tidak gemar menghabiskan masa dalam bilik air.

    Nagita Slavina, isteri kepada pelakon dan pengacara Raffi Ahmad ini mengakui malas mandi sejak dahulu lagi. Perkara itu didedahkan oleh Raffi semasa ditanya oleh pengacara Maharani Kemala dalam satu program hiburan. Kata Raffi, sejak isterinya itu hamil, Nagita lebih jarang mandi dan selalu bangun lambat.

    Penyanyi dangdut Cita Citata memberitahu dia hanya akan mandi sekiranya disediakan air panas.

    “Saya memang susah mandi… mesti pakai air panas, tunggu air panas dulu, sampai sekarang harus ada air panas yang disediakan pembantu,” katanya kepada portal Brilio.

    Pelakon cantik Donita mengakui jarang mandi sejak dari sekolah menengah lagi.

    Ini kerana dia mengalami kulit sensitif yang membuatkan tubuhnya lebam selepas mandi.

    Bagi menjaga kebersihan tubuh, Donita berkata dia rajin melakukan lulur menggunakan parutan buah segar seperti kiwi dan strawberi.

    “Kalau saya mandi kulit tiba-tiba jadi biru dan lebam… tak tahu kenapa. Sekarang kalau mahu mandi kena pakai air suam,” katanya. – Agensi

    Tiga selebriti popular Indonesia Cita Citata, Donita dan Nagita mengakui jarang mandi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda