Sunday, March 16, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selena Gomez lebih yakin tayang parut pemindahan buah pinggang

    Penyanyi Selena Gomez mengakui dia pernah berasa tidak yakin dengan kesan parut yang ada di tubuhnya selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang sekitar September 2017.

    Menerusi Instagram Selena memberitahu dia berusaha untuk menutupi kesan parut tersebut kerana tidak mahu ia kelihatan di dalam fotonya.

    Bagaimanapun, penyanyi lagu Ice Cream itu kini semakin yakin dengan dirinya dan berasa bangga dengan pengalaman yang dilaluinya itu.

    “Selepas saya menjalani pemindahan buah pinggang, saya masih ingat lagi ia sangat sukar. Pada mulanya saya tak mahu menunjukkan parut. Saya tidak mahu ia nampak dalam foto, jadi saya akan pakai apa saja untuk sorok.

    “Tapi sekarang saya rasa lebih yakin dengan diri sendiri dan apa yang telah saya lalui… saya berasa sangat berbangga dengannya,” katanya.

    Sekitar September 2017, Selena mendedahkan dia telah menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya iaitu Francia Raisa.

    Selena yang mengalami radang buah pinggang berkata, dia amat menghargai jasa Raisa yang sanggup berkorban untuknya demi perkara itu. – Agensi

    Selena Gomez mendedahkan dia telah menerima sumbangan buah pinggang daripada sahabatnya iaitu Francia Raisa. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda