Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Selidik tempat pemasangan lampu isyarat

    Saya antara pemandu yang sering menggunakan laluan lebuh raya di kawasan Sungai Akar. Apa yang saya perhatikan, sejak lampu isyarat dipasang di kawasan masuk persimpangan berkenaan ada saja kemalangan berlaku.

    Semasa lampu trafik tidak dipasang di kawasan tersebut, tidak pula ada berlakunya kemalangan, kenapa sesudah dipasang lampu trafik, banyak pula kemalangan terjadi. Jadi persoalan saya di sini, adakah sebelum pemasangan lampu trafik di kawasan itu sudah dinilai dari segi kesesuaian dan keselamatannya?

    Selain itu, saya juga menyambut baik pemasangan lampu isyarat yang mula beroperasi baru-baru ini di pusing keliling Sungai Akar. Saya harap lampu isyarat tersebut dapat mengurangkan kesesakan jalan raya pada waktu-waktu sibuk.

    Fast Furious Sg Akar

    Foto Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...