Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Seludup daging mentah: Wanita diberkas

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Seorang wanita tempatan berjaya ditahan bersama 16 kotak daging mentah yang tidak diisytiharkan semasa satu operasi pencegahan jenayah rentas sempadan di kawasan perhutanan Daerah Temburong berhampiran sempadan Brunei dan Malaysia.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), operasi dijalankan oleh Pasukan Polis Simpanan C Kompeni (Polis Hutan) sekitar malam dan telah mengesan beberapa orang individu memunggah beberapa kotak besar ke dalam sebuah kenderaan dipercayai barang tegahan yang diseludup dari negara jiran.

    Pasukan Polis Hutan telah bertindak menyerbu individu-individu tersebut dan berjaya menahan seorang suspek serta kenderaan yang dipenuhi dengan pelbagai kotak yang mencurigakan.

    Kes itu dilaporkan di balai polis yang berhampiran bagi penyerahan kepada agensi penguat kuasa undang-undang yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

    PPDB dan agensi penguat kuasa undang-undang yang lain tidak akan ragu-ragu menjalankan amanah dan tugas dalam menegakkan undang-undang negara, dan akan sentiasa komited dalam usaha bagi membanteras sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan-kawasan sempadan Negara Brunei Darussalam.

    Kenderaan yang dipenuhi dengan pelbagai kotak yang mencurigakan. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    ATAS & BAWAH : Daging mentah yang berjaya dirampas. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    GAMBAR SERAHAN PPDB

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...