Saturday, February 8, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semangat patriotisme sambut Hari Kebangsaan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Walaupun jauh di perantauan, pelajar-pelajar dan rakyat Brunei yang berada di luar negara tidak ketinggalan menunjukkan semangat patriotisme dengan mengadakan majlis-majlis sambutan sesama mereka seperti yang dianjurkan oleh Persatuan Rakyat Brunei Sekitar Sydney (BASS), semalam.

    Majlis yang berlangsung di Colombo Theatre, Universiti New South Wales, Sydney, Australia itu dihadiri oleh seramai 50 orang rakyat Brunei yang berada di Sydney.

    Ia diadakan untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan pelajar Brunei di Sydney.

    Gambar ramai bersama ahli-ahli BASS.
    Gambar ramai bersama ahli-ahli BASS.
    Pekerja pesisir pantai dari Ampa 9 dan CP7 turut meraikan Hari Kebangsaan.
    Pekerja pesisir pantai dari Ampa 9 dan CP7 turut meraikan Hari Kebangsaan.
     Penuntut Universiti Keele, UK menghadiri Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33.
    Penuntut Universiti Keele, UK menghadiri Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33.

    Sementara itu di United Kingdom (UK), penuntut-penuntut Universiti Keele telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33.

    Dalam acara berasingan, pekerja-pekerja pesisir pantai dari pelantar minyak Ampa 9 dan CP7 juga turut meraikan Hari Kebangsaa di lautan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda