Sunday, February 9, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semangat patriotisme sejati

    Oleh Sim Y. H. dan Syahmi Hassan

    Gambar oleh Muiz Matdani dan Sim Y.H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb – Laungan takbir ‘Allahuakbar’ sebanyak tiga kali yang berkumandang di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien merupakan tanda hormat dan setia kepada raja serta negara oleh ribuan peserta dengan mendokong semangat ‘Menjayakan Wawasan Negara’ pada Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Hujan yang turun dari awal pagi lagi tidak mematahkan semangat lebih 20,000 orang peserta berkumpul di ibu negara untuk sama-sama menunjukkan taat setia, semangat patriotisme yang tinggi serta hormat kepada raja dan negara dengan mengambil bahagian dalam upacara yang penuh gilang-gemilang itu.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33 yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dengan sambutan membawa tema, Menjayakan Wawasan Negara.

    Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah serta kerabat yang diraja lain.

    Ribuan bendera kebangsaan kecil dikibarkan oleh murid-murid sekolah di sepanjang jalan di ibu negara bagi mengiringi keberangkatan tiba Baginda Sultan serta ahli kerabat diraja yang lain menuju ke Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33, turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33, turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung berangkat untuk memeriksa Pasukan Perbarisan Kawalan Kehormatan.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung berangkat untuk memeriksa Pasukan Perbarisan Kawalan Kehormatan.
    Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah peserta persembahan dalam keadaan hujan.
    Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah peserta persembahan dalam keadaan hujan.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.
    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. – Gambar Azrol Azmi
    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. – Gambar Azrol Azmi

    Sejurus keberangkatan tiba, Baginda Sultan serta kerabat diraja lain menerima Hormat Diraja diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’.

    Baginda Sultan kemudian dijunjung memeriksa pasukan perbarisan kawalan kehormatan sebelum berangkat semula ke pentas diraja.

    Baginda Sultan sekali lagi menerima hormat diraja diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan, sebelum pasukan perbarisan kawalan kehormatan keluar dari Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

    Baginda Sultan serta kerabat diraja lain kemudian menyaksikan upacara perbarisan lalu dan perhimpunan agung di hadapan pentas diraja yang melibatkan kira-kira 23,000 peserta iaitu sebanyak 133 buah pasukan yang didahului oleh pembawa bendera negara berukuran besar diikuti oleh pasukan-pasukan pembawa bendera Negara Brunei Darussalam, pembaca ikrar, pasukan pembawa bendera-bendera logo Hari Kebangsaan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Polis Diraja Brunei, pasukan berpakaian seragam, peserta Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), pasukan orang-orang berkeperluan khas, pasukan Cemerlang, kementerian-kementerian dan jabatan kerajaan, daerah-daerah dan sektor swasta.

    Baginda Sultan serta kerabat diraja kemudian berkenan menyaksikan persembahan Bicara Berirama oleh pelatih-pelatih PKBN dan pelajar-pelajar sekolah sebelum upacara perbarisan lalu diteruskan dengan perbarisan oleh peserta-peserta dari institut pengajian tinggi, maktab-maktab, sekolah-sekolah, persatuan dan pertubuhan awam, pasukan warga asing di Negara Brunei Darussalam dan Pasukan Pencapai Kecemerlangan.

    Acara diteruskan dengan lafaz ikrar Hari Kebangsaan telah diketuai oleh Pemangku Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Muhammad Ihsan Sabri bin Haji Abdul Manap yang disusuli dengan laungan takbir ‘Allahuakbar’ sebanyak tiga kali diketuai oleh Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim serta peserta dan mereka yang hadir di upacara itu.

    Peserta mengadakan persembahan pada Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan.
    Peserta mengadakan persembahan pada Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan.
    Antara yang memeriahkan Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33.
    Antara yang memeriahkan Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-33.

    Rombongan pembaca ikrar juga disertai oleh peserta berkeperluan khas yang menggunakan bahasa isyarat.

    Acara kemuncak perhimpunan adalah persembahan Menjayakan Wawasan Negara yang disertai oleh lebih 7,000 orang peserta mewakili pelbagai sektor dan agensi pembangunan negara termasuk belia mewakili sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab dan institusi pengajian tinggi.

    Persembahan itu membawa segenap lapisan masyarakat untuk menghayati peranan mereka dalam mencapai Wawasan Brunei 2035.

    Tema Sambutan tahun ini, Menjayakan Wawasan Negara, Wawasan Brunei 2035 bermaksud setiap rakyat dan penduduk serta segenap sektor dalam pembangunan negara mempunyai peranan dalam memastikan Wawasan Brunei 2035 tercapai dan berjaya.

    Justeru itu, dalam memastikan Wawasan Brunei 2035 dikecapi dan berjaya, setiap rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam perlu mengatur langkah demi menjadikan diri mereka sebagai aset yang berguna dalam agenda pembangunan negara.

    Oleh itu, amatlah penting bagi setiap rakyat dan penduduk serta agensi-agensi yang terlibat untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran serta bersedia dalam pembangunan negara.

    Peranan mereka termasuklah meningkatkan daya saing, inovatif, kreatif, menyokong agenda pembangunan negara, berperanan dalam segenap aspek pembangunan ekonomi, politik, sosiobudaya, keselamatan dan sebagainya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda