Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sembilan maut banjir kilat di Arizona

    Anggota pasukan dan penyelamat Tonto Rim kembali ke pusat arahan mudah alih selepas mencari mangsa di sepanjang tebing Sungai Verde Timur, pada 16 Julai 2017, di Payson, Ariz. – AP

    HUTAN NEGARA TONTO, Arizona, 17 Julai – Orang dewasa, remaja dan kanak-kanak berusia 2 tahun berseronok pada tengah hari musim panas dengan mandi-manda di anak sungai kecil Arizona apabila air berubah menjadi deras.

    Kumpulan dari kawasan Phoenix dan Flagstaff bertemu pada Sabtu untuk perjalanan sehari di kolam mandi popular berhampiran Payson, kira-kira 100 batu dari timur laut ibu negara. Mereka mendirikan kerusi tanpa mengetahui ribut petir sedang membawa hujan lebat di hulu sungai di Hutan Negara Tonto.

    Ribut itu mencetuskan air banjir setinggi 6 kaki, gelap dengan abu daripada kebakaran hutan musim panas, terus ke keluarga dan kawan yang tidak menyangka kejadian berkenaan akan berlaku. Arus menghanyutkan dahan pokok dan serpihan lain dan meninggalkan sembilan mayat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda