Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seminar bincang transformasi digital

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Melihat kepada peralihan ke arah teknologi Cloud dan AI yang semakin ketara di rantau ini pada masa ini, BS Syscom (Brunei) Sdn Bhd dengan kerjasama IBM Business Partner telah mengadakan seminar bertajuk Embracing the Drive to Innovations: Digital Transformation 2019, hari ini.

    Seminar yang berlangsung di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan itu dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Teknikal IBM Cloud dan Arkitek Perisian Klien, Ketua Negara, IBM Global Markets-Cloud Sale, IBM Malaysia, Eddy Liew.

    Beliau telah menyentuh mengenai perubahan ketangkasan digital, automasi dan wawasan serta mengongsikan tentang cara penggunaan IBM Cloud
    Paks.

    Di samping itu, beliau juga mengongsikan tentang Automasi Perniagaan Digital, iaitu tentang bagaimana memanfaatkan automasi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, memperbaiki proses perniagaan dan mendigitalkan maklumat perusahaan.

    Seminar diteruskan lagi dengan taklimat mengenai Proses Automasi Robot yang antara lain menyentuh mengenai apa yang perlu difikirkan, bagaimana mengurangkan penggunaan secara manual, kecekapan memandu dan meningkatkan ketepatan.

    Seminar turut mendengarkan taklimat oleh Ketua Jualan Teknikal, Spectrum Computing and Cognitive System IBM ASEAN, Gilbert Thomas dan Ketua Jualan Perkhidmatan Multivendor, Technology Support Services (TSS) IBM Global Technology Services IBM Malaysia, Leon Leing Chee Loong.

    Antara perkara-perkara lain yang disentuh dalam seminar berkenaan adalah tentang Power AI Vision, What is Machine Learning, Difficulties Companies Face in Adopting Machine Learning, What is Auto Machine Learning dan banyak lagi.

    Antara yang menghadiri seminar berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda