Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Seminar ketengahkan gaya hidup, budaya Jepun

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan UBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Universiti Brunei Darussalam (UBD) meletakkan penekanan yang kuat kepada pembangunan mampan dan percaya ia merupakan bidang yang penting yang ingin terus diterokai oleh universiti berkenaan.

    Oleh itu, UBD ingin menerokai kerjasama dengan The Japan Council of Local Authorities for International Relations, Singapore Representative Office (J.CLAIR Singapore) dalam bidang pembangunan mampan berkenaan.

    Perkara itu dinyatakan oleh Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Global), UBD, Dr Joyce Teo Siew Yean dalam ucapan alu-aluannya pada Seminar Gaya Hidup dan Budaya Jepun yang berlangsung di Inspiring Hall, Pusat Pelajar UBD pada 15 Februari lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh UBD, di sini, seminar itu dihoskan oleh UBD dengan kerjasama J.CLAIR Singapore di mana J.CLAIR Singapore diwakili oleh ketua delegasi iaitu Timbalan Pengarah Eksekutif, Yamamoto Takihiro.

    Dalam ucapan alu-aluannya lagi, Dr Joyce Teo menyatakan bahawa dalam era yang diterajui oleh transformasi digital, teknologi pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran para pelajar.

    Penceramah dari J.CLAIR Singapore memberi penerangan mengenai gaya hidup dan budaya Jepun semasa sesi ceramah yang berlangsung di Inspiring Hall, Pusat Pelajar UBD pada 15 Februari lalu.

    Oleh itu, beliau berharap lebih banyak pergerakan pelajar ke dalam dan luar bersama Jepun dalam tahun-tahun mendatang.

    Dr Joyce Teo turut menyatakan harapan bagi aktiviti-aktiviti Discovery Year UBD di Jepun menerapkan konsep inovasi digital dan kemampanan.

    Seminar itu mengetengahkan tiga orang penceramah dari J.CLAIR Singapore dan bermatlamat untuk memperkenalkan gaya hidup dan budaya Jepun kepada pelajar-pelajar Discovery Year UBD sebagai persiapan bagi Program Belajar di Luar Negara Discovery Year di universiti-universiti rakan kongsi Jepun UBD semasa semester musim bunga 2023.

    Ia merupakan seminar keempat yang diadakan sejak 2017 di mana UBD telah bekerjasama dengan J.CLAIR Singapore sebagai sebahagian daripada inisiatif pengantarabangsaan UBD.

    Seminar itu berakhir dengan sesi soal jawab di mana para pelajar berpeluang untuk berinteraksi dengan para penceramah serta mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Jepun dalam persiapan mereka untuk berada di luar negara nanti.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...