Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Semua memainkan peranan menjayakan wawasan negara

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Dalam usaha untuk mencapai Wawasan Brunei 2035, semua pihak perlu memainkan peranan penting ke arah mencapai hasrat seperti yang diharapkan dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 Tahun.

    Baginda telah menyentuh beberapa perkara ke arah mencapai wawasan yang hanya tinggal 12 tahun untuk direalisasikan.

    Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) ketika ditemu bual menekankan bahawa peranan pendidikan dalam sebuah negara itu adalah penting.

    “Ia adalah satu peranan yang besar untuk mendidik anak-anak untuk future ready dan untuk graduan employment future ready bagi menjayakan wawasan 2035,” jelas beliau.

    Katanya lagi, “Peranan pendidikan itu memang meluas daripada rendah, menengah dan tingkatan yang lebih tinggi, dan peranan yang dimainkan institusi pendidikan sama ada swasta atau kerajaan amatlah penting bagi sama-sama menjayakan hasrat kerajaan Baginda dalam memastikan wawasan 2035 tercapai untuk negara yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran.”

    Dr Haji Mohd Zamri
    Awang Mohammad Husaini
    Raden Mas Muhammed Mukhriz

    Manakala, ahli pengawasan kejiranan, Awang Mohammad Husaini bin Ali Hassan pula melahirkan rasa syukur atas usaha kerajaan Baginda dalam membantu meningkatkan produktiviti perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

    Walaupun ada usaha dasar yang sedang dirangka oleh pihak kerajaan, beliau menyarankan, selaku rakyat di negara ini perlu sentiasa berusaha dengan membuat perniagaan yang bermula daripada peringkat bawah atau bermula daripada perniagaan kecil dan tidak mengharapkan sepenuhnya bergantung kepada pihak kerajaan.

    Sementara itu, Raden Mas Muhammed Mukhriz bin Radin Mas Emran dari Majlis Belia Brunei ketika ditemu bual menyarankan supaya rakyat bersatu padu untuk sama-sama membangunkan negara.

    Ujarnya lagi, secara peribadi hendaklah proaktif dalam mengemaskinikan pengetahuan mengenai situasi semasa negara, sekali gus boleh mencari idea untuk menyelesaikan masalah dan cabaran yang ada.

    Beliau seterusnya berpendapat, wawasan 2035 boleh dicapai melalui Bottom To Top Approach di mana semua perlu melahirkan insan-insan yang berkualiti, dinamik dan proaktif.

    “Ini termasuk daripada tahap keluarga, pendidikan seperti guru-guru dan penuntut, kerana mereka sama-sama memainkan peranan,” ujarnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...