Thursday, October 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Senarai syarikat kendali umrah, haji dikemas kini

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Syarikat JB Travel Agencies Sdn Bhd telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan Perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancongan Arab Saudi bagi tahun 2023.

    Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Urusan Haji mengumumkan perkara berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Dengan kebenaran berkenaan, maka pada masa ini terdapat 16 buah syarikat pelancongan diberikan kebenaran untuk mengendalikan Perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi 2023.

    Syarikat-syarikat berkenaan ialah Syarikat Darussalam Holdings Sdn Bhd, Syarikat Straits Central Agencies Sdn Bhd, Syarikat Raudah Al-Amin Sdn Bhd, Syarikat Continental Yachting Sdn Bhd, Syarikat Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn Bhd, Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn Bhd, Syarikat Titian Travel & Tours Sdn Bhd, Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd, Syarikat Az Back to Nature Travel & Tours Sdn Bhd, Syarikat Al-Baraka Travel Services Sdn Bhd, Syarikat Balurih Travel Sdn Bhd, Syarikat El-Abqari Travel & Tours Sdn Bhd, Syarikat Lamisa International Tours & Travels Sdn Bhd, Syarikat Mustaqim Travel & Tours Sdn Bhd, Syarikat Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn Bhd dan Syarikat JB Travel Agencies Sdn Bhd.

    Senarai syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji dan umrah mengikut Kategori Pakej dan Visa, Darussalam Holdings, Straits Central Agencies Sdn Bhd, Continental Yachting Sdn Bhd, Dar El Ehsan Travel & Tours Sdn Bhd, Raudah Al-Amin Sdn Bhd, Al-Hijrah Travel & Tours Sdn Bhd dan At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd mengendalikan Pakej Haji, Pakej Umrah (Visa Umrah) dan Pakej Umrah (Visa Pelancong Arab Saudi) selama tiga tahun bermula 1443 hingga 1445 Hijrah.

    Manakala Az Back to Nature Travel & Tours Sdn Bhd, Belurih Travel Sdn Bhd, El-Abqari Travel & Tours Sdn Bhd, Al-Baraka Travel Services Sdn Bhd, Lamisa International Tours & Travel Sdn Bhd, Mustaqim Travel & Tours Sdn Bhd, Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn Bhd dan JB Travel Agencies Sdn Bhd hanya mengendalikan Pakej Umrah (Visa Pelancong Arab Saudi) selama setahun iaitu bagi 2023.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda