Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seni memperkayakan sejarah masyarakat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Karya seni lukis mampu menjadi medium untuk memelihara peristiwa penting atau pada suatu ketika yang menarik kepada pelukis berkenaan.

    Oleh itu, menerusi lukisan yang dihasilkan oleh seorang pelukis, ia mampu menceritakan mengenai pengalaman, perasaan dan suasana pada masa lukisan itu dihasilkan serta makna yang tersirat dalam lukisan berkenaan.

    Itu di antara yang menarik mengenai Pameran Seni Lukisan bertajuk Coversations-Through Time, oleh pelukis berpengalaman, Awang Osman Mohammad di mana lebih 70 karya seninya dipamerkan Galeri Seni Creative Space, Sengkurong bermula hari ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda