Tuesday, April 22, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sentiasa amal keselamatan kebakaran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Kebakaran yang berlaku di sebuah bilik di tingkat bawah bangunan telah menyebabkan guru, kakitangan dan murid Sekolah Rendah Jerudong mengosongkan bangunan sekolah berkenaan.

    Itulah senario bagi Latihan Kebakaran dan Pengosongan Bangunan bagi Sekolah Rendah Jerudong yang diadakan pada 21 Ogos lalu yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi F, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi F, di sini, hari ini, latihan itu melibatkan seramai 467 orang guru, kakitangan dan murid sekolah di mana latihan pengosongan dijalankan di seluruh kawasan bangunan berkenaan bersama sembilan orang anggota bomba dan penyelamat bersama dua buah jentera dari Balai Bomba Jerudong yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Serudin bin Haji Osman.

    Latihan itu dihasratkan untuk memastikan kesiapsiagaan anggota, menguji kemahiran, mengadakan latihan praktikal merupakan faktor utama dalam operasi memadam dan menyelamat, meningkatkan kesedaran, memupuk rasa tanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek keselamatan kebakaran di sekolah serta untuk mengesahkan keberkesanan prosedur bagi pengosongan bangunan yang lebih efektif dan bersistematik yang dijalankan oleh pihak JBP dan pihak sekolah.

    JBP turut menyarankan orang ramai supaya akan meningkatkan kewaspadaan dan mengambil langkah-langkah keselamatan semasa cuaca tidak menentu, memastikan pemasangan dan penyambungan pendawaian elektrik dibuat oleh orang yang berkemahiran dan diiktiraf atau bertauliah dan mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Ele ktrik serta sentiasa meningkatkan pencegahan kebakaran, tidak merasa cemas sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan menghubungi talian kecemasan bomba 995 dengan memberikan maklumat yang tepat.

    Guru, kakitangan dan murid Sekolah Rendah Jerudong mengosongkan bangunan dan berkumpul di kawasan perkumpulan yang ditetapkan semasa latihan kebakaran dan pengosongan bangunan Sekolah Rendah Jerudong, baru-baru ini. – Gambar oleh JBP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda