Saturday, May 17, 2025
32.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapa itu merupakan amalan dan perbuatan yang paling disukai oleh Allah SWT dan seorang anak itu hendaklah meletakkan martabat ibu bapa itu di kedudukan yang tinggi dan istimewa.

    Khatib dalam khutbah Jumaat yang bertajuk ‘Berbuat Baik dan Berbakti Kepada Ibu Bapa’ hari ini menjelaskan bahawa mengapa Allah SWT mengangkat martabat ibu bapa itu sebegitu tinggi, kerana pengorbanan yang dilakukan oleh mereka adalah sangat besar.

    “Ibu bersusah payah mengandung dan melahirkan kemudian ibu bapa mengasuh, membesarkan, mendidik dan mencukupkan segala keperluan yang mana semua ini dilakukan dengan tulus ikhlas dan dengan penuh rasa kasih sayang.”

    Katanya lagi, “Kasih sayang, jasa dan pengorbanan ibu bapa dalam menjaga anak merupakan jasa yang tidak akan dapat dibalas walaupun dengan harta atau wang ringgit.”
    Manakala dalam membina hubungan sesama manusia pula, ibu bapa hendaklah menjadi keutamaan dan melebihi daripada orang lain.

    Menurut khatib lagi, ia sangat ganjil dan pelik jika seseorang itu mempunyai hubungan baik dengan orang lain seperti kawan di pejabat, sekolah dan seumpamanya tapi hubungan dengan ibu bapa itu diabaikan.

    Khatib dalam khutbah seterusnya menjelaskan yang agama Islam menuntut umatnya supaya berbuat baik terhadap ibu bapa dan kewajipan ini tidak terbatas kepada ibu bapa yang beragama Islam sahaja.

    “Kita juga diwajibkan taat dan berbuat baik kepada ibu bapa kita yang bukan beragama Islam selama mana mereka tidak menyuruh untuk berlaku syirik menyekutukan Allah SWT atau melakukan maksiat iaitu melakukan perkara yang bertentangan dengan perintah Allah SWT dan laranganNya,” jelasnya.

    Ibu bapa merupakan jalan untuk memasuki syurga, sekiranya seorang anak itu berbakti berbuat baik kepada ibu bapa dan mentaati perintah mereka dalam perkara makruf dan tidak bertentangan dengan agama, Allah SWT mengurniakan ganjaran syurga.

    Khatib dalam khutbahnya juga mengongsikan antara cara berbuat baik kepada orang tua itu, dengan melayan ibu bapa dengan baik, bercakap dengan lembut, tidak meninggikan suara, tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat, kasar dan seumpamanya.

    Selain mengambil berat akan keadaan ibu bapa, jangan sekali-kali mengabaikan dan membiarkan mereka tinggal bersendirian terutama dalam keadaan uzur.

    Sekiranya ibu bapa hidup bersendirian, jelasnya khatib, adalah wajar selaku anak untuk membawa mereka tinggal bersama dan kalau tidak tinggal bersama, hendaklah sering mengunjungi dan memeduli hal ehwal kebajikan mereka.

    “Jangan dijadikan kesibukan sebagai alasan untuk mencuaikan, mengaibaikan dan melupakan mereka dan selalu mendoakan kebaikan dan keselamatan ibu bapa di dunia dan di akhirat,” jelasnya.

    Khatib seterusnya mengingatkan, jangan sesekali menganggap berbuat baik dan berbakti kepada orang tua itu sebagai beban kerana tiada apa yang lebih bermakna untuk diberikan kepada ibu bapa dalam meniti usia tua mereka selain memberikan perhatian dan kasih sayang kepada mereka.

    “Selagi ibu bapa masih hidup, ambilah kesempatan untuk berbakti dan berbuat baik kepada mereka dengan sepenuh jiwa dan raga.”

    Manakala bagi ibu bapa yang telah kembali ke rahmatullah, doakanlah mereka, ziarahilah tanah perkuburan mereka dengan mendoakan keampunan, kerahmatan dan sekiranya ada rezeki bersedekahlah untuk ibu bapa yang telah pergi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/