Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Sentuhan feminin, kasual

    MILAN – Silvia Venturini Fendi mengeluarkan pusaka daripada peti keluarga bangsawan dan menghiasinya dengan butir-butir terperinci feminin untuk koleksi pakaian lelaki yang dipersembahkan semasa Minggu Fesyen Milan.

    Venturini Fendi berkata dia menerima inspirasi daripada Puteri Anne, yang digelarnya sebagai ‘wanita paling bergaya di dunia,’ yang mampu ‘mengekalkan kewanitaannya sementara memakai pakaian seragam,’ lambang sifat kelelakian.

    Baju kot labuh, kasut kulit dan cloche renyut mentakrifkan siluet koleksi musim luruh/sejuk 2024-25 yang sesuai untuk Balmoral. Palet warna mengingatkan hari hujan di dataran tinggi; lumut, warna perang, kelabu dan merah manggis, biru bunga jagung dan mustard.

    Di dalamnya, seluar longgar dengan corak kedutan yang cantik di sisi beransur-ansur berubah menjadi kilt Bermuda berlisu panjang dan seluar pendek dalam fabrik bulu berpetak-petak, mengaburkan garis antara maskulin dan kewanitaan, antara bangsawan yang terikat dalam tradisi dan pakaian jalanan kontemporari.

    Ia dipadankan dengan kardigan dan jumper fabrik lembut, atau baju tanpa lengan rajut tiga lapis, membentuk warna yang lebih menonjol.

    “Saya suka idea yang mengatasi sekatan, memecahkan kod maskulin dan feminin, yang tidak wujud lagi. Ia sepatutnya tidak wujud lagi,” kata Venturini Fendi, pengarah aksesori dan pakaian lelaki jenama itu, di belakang pentas.

    Suasana di pentas peragaan adalah kasual, di luar waktu pejabat. Jaket lebih kerap disimpan di lengan daripada dipakai, isyarat bahawa kerja seharian telah selesai. Seluar korduroi lembut labuh berakhir dengan potongan terbelah yang melepasi kasut bertapak tebal. Beg seakan-akan bantal dikepit di bawah lengan. Untuk malam itu, sut lembut dan kot luar dengan permukaan berkilauan dan pakaian rajut yang panjang di atas seluar memberikan sentuhan santai.

    Seperti trend Milan baru-baru ini, logo Fendi kelihatan di mana-mana, sebagai corak geometri F pada cetakan terang atau pembalut pembesar suara muzik mudah alih yang dibuat dengan kerjasama jenama Perancis Devialet.

    Venturini Fendi berkata koleksi itu adalah mengenai umur panjang, ‘untuk menekankan pakaian adalah untuk seumur hidup, bukan digunakan dan dibuang.’ – AP

    ATAS & BAWAH: Model-model menggayakan koleksi Fendi semasa Minggu Fesyen Milan baru-baru ini. – AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP
    Gambar AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...